Terima kasih atas coretan itu. Atas penghinaan kamu. Kamu tahu...? Aku tersenyum tatkala terlihat catatan kamu... Walaupun bingkisan yang kamu titipkan buat aku amat menyakitkan namun aku gembira kerana aku masih berpeluang melihat catatan kamu lagi. Terima kasih sekali lagi kerana kamu masih sudi menulis untuk aku lagi. Walau catatan kamu menyakitkan, Walau kutahu ini adalah catatan terakhir kamu buat aku. Kan tetap kujadikan kenangan yang abadi. Aku tidak sehina apa yang kamu sangkakan. Andai aku yang bersalah lebih rela aku diberi 2x ganda balasanya. Aku juga seperti kamu... Mencari apa yang tidak termiliki, Mencari haluan diri... Namun aku hanya wanita hina buat kamu setelah aku cuba membahagiakan kamu, Menurut kehendakmu... Terlalu banyak salah dan silap aku yang kerap kamu pertikaikan. Hingga aku sendiri tercari2 dimana kelemahan diri.. Atau kamu sudah mula membenci?? Lantas... Aku memilih untuk pergi. Pergi mencari kesilapan diri atau lebih banyak berdiam diri dari berkata lagi. Biarlah aku menyimpan segala rasaku pada kamu jauh disudut hati. kerana aku telah letih dalam membina impian lagi. bingkisan kamu serupa cinta kamu, Permulaanya membuatkan aku gembira... Namun diakhirnya bisa membuatkan air mata aku mengalir! ku akui.. Kehilangan kamu amat aku rasai.
Bila jiwa tersakiti, Mental dibebani, Aku tegar menulis lagi bisikan dihati..... Aku memilih 'SESUATU' bukan lagi 'SESEORANG' Tegarkah aku??
07 Februari 2013
Salah aku, Bukan salah kamu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kat mana nak chat??
chatbox.. tp yna da ngantok r..
Catat Ulasan