Powered By Blogger

Seredha gugurnya sakura..

Nuffnang Widget

Nuffnang Ads

14 Disember 2013

BISIK HATI PADA DIRI

Bisik Hati Pada Diri...
" Disaat kamu tak punya siapa-siapa, Disaat kamu tak punya apa-apa..... Pilihlah SESUATU yang x bisa mempersoalkan siapa kamu, sehebat mana kamu, nilai diri kamu & Kisah hidupmu tempat untuk meluah keluhan resahmu. Kerana kamu akan bebas menjadi diri kamu sendiri & Pasti itu adalah sejujur-jujurnya diri kamu. Tanpa akan menjadi punca, Persoalan, penghinaan keatas diri kamu daripada SESEORANG yang kamu sendiri pilih... Lalu kamu genggam sepenuh pengharapan serta kepercayaan keatas dirinya. Tanpa disedari kamu telah lupa bertanya pada diri kamu sendiri... "Apa DIA ikhlas mendengar kamu?? Apa DIA akan turut menjaga maruah kamu serta tidak akan mempersoalkan kembali segala apa yang telah kamu luah dan serah padanya suatu hari nanti?? Paling utama... Andai terjadi persengketaan antara kamu dan DIA, walau apa pun jua... "Apa DIA akan tetap menyimpan kemas segala RAHSIA kamu kelak?? Jika tidak... Kamu umpama telah terjatuh! Dimasa yang sama ditimpa pula batu bata!! Aku tegar menulis lagi tanpa

tsikidal.blogspot.com
adanya penindasan, penghinaan & ugutan yang bisa membuatkan aku semakin tertekan dari seseorang insan yang pernah berada disisi... Dari DIA yang pernah sentiasa dihati, Dari DIA yang pernah cuba berjanji, Dari DIA yang pernah menyentuh hati. Dari DIA yang 22Jam menyakitkan hati!!" Namun.. yang paling utama adalah kepada penciptamu. Luahkan segala resah keluhan kamu pada ILLAHI... Kerana itu adalah yang lebih ABADI. Mohon padanya ringankan kesedihan dihati... PEACE NOT WAR!! Huhuhu Saje je nak membebel.

- Takde kene mengena dengan yang masih hidup or yang telah meninggal dunia -

07 Februari 2013

Salah aku, Bukan salah kamu...

Terima kasih atas coretan itu. Atas penghinaan kamu. Kamu tahu...? Aku tersenyum tatkala terlihat catatan kamu... Walaupun bingkisan yang kamu titipkan buat aku amat menyakitkan namun aku gembira kerana aku masih berpeluang melihat catatan kamu lagi. Terima kasih sekali lagi kerana kamu masih sudi menulis untuk aku lagi. Walau catatan kamu menyakitkan, Walau kutahu ini adalah catatan terakhir kamu buat aku. Kan tetap kujadikan kenangan yang abadi. Aku tidak sehina apa yang kamu sangkakan. Andai aku yang bersalah lebih rela aku diberi 2x ganda balasanya. Aku juga seperti kamu... Mencari apa yang tidak termiliki, Mencari haluan diri... Namun aku hanya wanita hina buat kamu setelah aku cuba membahagiakan kamu, Menurut kehendakmu... Terlalu banyak salah dan silap aku yang kerap kamu pertikaikan. Hingga aku sendiri tercari2 dimana kelemahan diri.. Atau kamu sudah mula membenci?? Lantas... Aku memilih untuk pergi. Pergi mencari kesilapan diri atau lebih banyak berdiam diri dari berkata lagi. Biarlah aku menyimpan segala rasaku pada kamu jauh disudut hati. kerana aku telah letih dalam membina impian lagi. bingkisan kamu serupa cinta kamu, Permulaanya membuatkan aku gembira... Namun diakhirnya bisa membuatkan air mata aku mengalir! ku akui.. Kehilangan kamu amat aku rasai.

Nuffnang Ads