Powered By Blogger

Seredha gugurnya sakura..

Nuffnang Widget

Nuffnang Ads

07 November 2012

Coretan Buat Suamiku


Suami.....
Hanya disini yang dapat aku luahkan apa yang terbuku jauh disudut hati kecilku ini. Aku dah buntu dalam mencari keserasian diantara kita. Walaupun kita hidup sebumbung. Namun, Keadaan telah membuatkan aku dan kau tidak lagi bertentang mata. Apatah lagi untuk kita saling berbicara. Namun...... Hati kecilku masih tetap lagi berbicara untuk kesekian kalinya. Cuma bezanya tanpa
kau disisku lagi. Kerana aku yakin jika aku masih bkata-kata dan terus meluah padamu pasti ianya akan mengundang persengketaan diantara kita. Lantas membuatkan kau jemu dengan segala Luahanku yang acap kali isu yang sama. Aku tahu... Setiap apa saja kata-kata aku memang tak akan memberi apa-apa makna padamu. Malah hanya akan membebankan kotak fikiranmu. Dulu aku tak faham, Tapi sekarang aku cuba faham dan akan memahinya. Dan.... Kau tak perlu lagi tahu ape yang hati kecilku suarakan.
     Suami.....
Sebelum itu, Aku memohon maaf padamu... Ampunkan segala dosa2ku terhadapmu. Maafkan aku sekali lagi diatas segala luahanku. Semenjak kehadiran kakakmu dalam rumah kita, Keadaan telah banyak mengubah hidupku... Mengubah hatiku.... Serta corak kehidupan kita sekeluarga. Dan yang paling aku rasai ia telah merubah perhubungan antara kau dan
aku!!! Mengubah perasaan aku dan kau!!! Berat untukku luah, Berat lagi untukku tempuhi. Ya..... Cukup biarlah yang ini kau mesti harus tahu...
     Suami.....
Saban malam dimana pasangan suami isteri lain sedang mesra dan lena bersama, Dimana disaat kau sedang lena dibilik yang berasingan dari aku. Disaat itu... Aku yang sentiasa dibilik kita. Yang sentiasa menanti dan terus mengharap kehadiranmu seperti malam-malam yang lalu. Aku selalu merenung disetiap sudut bilik kita. Renunganku terhenti disisi katil. Kulihat.... Kau tiada. Namun, Alhamdulillah... Anak2 masih disisiku yang sentiasa menemani malam2ku. Renunganku tak habis disitu, Malah ianya turut membuatkan aku memikir dan mencari-cari dimana salah dan silapnya aku terhadap dirimu. Hingga tanpa aku sedari air mataku mengalir lagi... Mengenangkan kehancuran demi kehancuran dari ape yang telah kita bina bersama selama 6 tahun. Bertambah sebaknya hati ini bila pandangan aku terhenti ke wajah anak-anak yang sedang lena... Aku dihantui perasaan bersalah kerana aku tidak mampu memberikan sepenuh kebahagian pada mereka. Disetiap malam... Sungguh pun mata ini dah tak sanggup untuk menemani jiwa lagi. Namun, Hati ni tetap memaksa akal untuk berfikir lagi agar aku menemui dimana segala salah silap serta kelemahanku. Kadang kala hingga aku terlena dalam 1001 persoalan. Bila aku terjaga semula... Aku akan berusaha bertahan supaya jangan terlena lagi. Semenjak berbagai peristiwa pelik berlaku diantara kita, Didalam rumah kita, Aku takut untuk tidur tanpa teman. Kenapa? Aku sendiri masih belum menemui jawapannya. Mujur juga aku masih punyai anak... Dari itu aku masih boleh berjaga dan terus berfikir tentang kedaifan aku terhadap seorang suami. Aku tahu.... Kau memang tak tahu akan malam-malamku.
       Suami.....
Aku harus cuba lebih mendekatkan diri denganNYA. Aku tahu... Dan aku redha, Ini adalah dugaan untukku. Segala2nya telah tertulis, Bukan salah kakak kau! Aku pasti... Allah menyayangiku. Aku diduga agar aku lebih dekat dan taat padanya. Sepatutnya aku harus kuat, Aku harus belajar dalam mengharungi hari-hariku seorang diri. Kerana aku seakan merasakan dan percaya... Besok, Lusa, Minggu depan, dan hari-hari yang mendatang nanti aku akan menghaharungi malam-malamku dengan sendiri lagi. Aku tak salahkan kau mungkin bagimu itu adalah yang  sepatutnya kau lakukan pada aku, Demi ketenangan kau. Lakukanlah sayang.... Jika itu lebih membahagiakanmu. Aku yakin, Dirimu lebih tenang tanpa adanya aku disisimu. Kerana aku nampak ketenangan itu waktu
malam berganti subuh, Bila sesekali aku cuba membuka pintu bilikmu.... Dari sudut pintu bilik Jelasku lihat ketenangan wajahmu dengan penuh lena. Leka melihat ketenangan diwajahmu aku turut merasa tempias kebahagian itu. Hingga tak sedar hampir ke subuh aku bersandar dibingkai pintu. Aku tahu....Kau memang tak tahu rutin malamku.
    Suami.....
Malam berikutnya aku masih lagi begitu. Aku masih lagi
menangis... Dan terus menangis lagi. Terlalu sebak hati ini menahan kepiluan yang tak pernah sudah-sudah.
Ya Allah.... Dengarkanlah aku! Kenapa begitu sukarnya untuk suamiku cuba memahami apa yang sedang aku alami? Dengan KebesaranMU Ya Allah.... Sungguh ajaib perasaan yang telah kau turunkan buatku. 1 hambaMU ini, Didalam 1 hatinya, Didalam 1 masa... Kau telah turunkan bermacam2 perasaan untukku. Perasaan cinta, Perasaan tenang, Perasaan benci, Perasaan mengharap, Perasaan sayang, Perasaan bosan, Perasaan gembira, Perasaan marah, Perasaan keliru, Perasaan bahagia, Perasaan jemu, Perasaan buntu, Perasaan putus asa, Perasaan takut, Perasaan sedih, Perasaan kecewa.... Bercampur-campur perasaan yang sentiasa silih berganti dalam masa yang singkat terhadap suamiku. Aku sendiri tidak pasti segala perasaan itu dari hati naluriku sendiri atau sebaliknya. Yang kadang kala membuatkan aku semakin tidak kenal siapa suamiku.... Dan siapa diri aku. Tidak tinggal juga aku turut merasa 1 perasaan yang sangat istimewa, iatu perasaan bertuah! aku bertuah Kerana aku telah dipilih oleh yang Maha Esa. Agar aku sentiasa ingat padaNYA. Aku bersyukur dengan segala petunjuk dariMU Ya Allah. Aku leka dalam mengingatiMU dimasa laluku. Kini aku mempunyai 1 perasaan lagi... Aku terasa lebih dekat padaMU. Semoga aku diberi ketabahan.
       Suamiku......
Aku percaya! Allah sedang menguji kita, mengujiku... Kerana.... Aku percaya dengan kata naluriku.
Kerana.... Aku percaya takdir untuk diriku. Kerana.... Aku percaya dengan ketulusan hatiku.
Kerana.... Aku percaya aku ikhlas dengan apa yang aku bina sendiri. Kerana.... Aku percaya dengan apa yang aku sendiri telah rancang sepanjang bersamamu. Kerana.... Aku percaya aku sayangkan suamiku. Kerana.... Aku percaya Kebahagiaan aku, peneman hari-hariku, Seluruh hidupku Telah aku persembahkan hanya untuk suami dan anak... Untuk keluarga kita!! Kerana.... Aku percaya Allah memahami disetiap kesungguhanku, Hidupku. Keutamaan aku adalah keluarga kita. Kerana Allah
Maha mengetahui segala apa dan siapa yang kita paling impikan. Kerana dia maha melihat segala apa yang terjadi dilangit dan bumi. Kerana aku ikhlas berkongsi hidup serta kasih sayang bersamamu. Sebab itulah aku diduga dengan cara begini. Agar aku lebih berusaha untuk sentiasa
berhubung dengan yang Maha Esa. Memohon Rahmat dariNYA.....
      Suami......
Harapanku kini hanya satu... Aku Berharap agar di 1 masa nanti akan ada insan yang sedar dan nampak begitu uniknya perasaan kasih dan sayangku padamu, Hanya itu pintaku. Aku cuba buat apa saja yang kau rasa gembira dan bahagia. Sungguh pun sekadar hanya setakat apa yang aku mampu. Itu bukan janjiku... Tapi itu adalah aku didalam hidupmu.
      Suami....
Luluh hati ini bila Kau berubah begitu mendadak dengan tiba-tiba. Terlalu beban perasaan yang aku tanggung bila Dengan tiba-tiba... satu2nya insan yang paling aku harapkan dimuka bumi ini, Satu-satunya insan tempat aku berteduh kasih, Satu-satunya insan tempat aku bersandar dibahunya apabila aku kesedihan, Satu-satunya insan yang harus memeluk aku bila aku dalam ketakutan..... Kini tidak lagi mempercayaiku. Sakitnya hati ini bila sering kali aku dimarah, Aku dimaki, Aku dibenci tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Hingga kau tegar menuduh bermacam2. Menuduh aku tidur dengan seseorang didalam bilik kita! Hancur luluh hati ini waktu mendengar kata2 hinaan darimu yang sukar untuk aku terima sebagai seorang isteri.... Serta amat sukar untuk membuatkan jiwa aku kembali pulih. Aku tahu... Ini memang kau tak pernah ambil tahu.
      Suami....
Hari sudah cerah, Malam yang menemaniku telah pun meningalkan aku. Besok malam kan menjelma lagi menemaniku. mata, hati dan jiwaku hampir lemah. Penat hati ini demi kasih sayangku sendiri. Inilah masanya untuk aku melelapkan mata tanpa ada perasaan takut..... Harapanku, Agar tidak lagi dimarah nanti bila kau terjaga dari tidurmu. Izinkan Bee melelapkan mata seketika. Semoga dirimu tenang bila membuka matamu nanti.
Assalammualaikum W.H.T.
 

29 Ogos 2012

Syawal tanpa sinar

Hari raya bagi aku sekarang same je macam hari2 yang lain... Sebak dihati biarlah ku tampung sendiri. Cuma harapan ku kini agar anak2 aku sentiasa happy walaupun bukan macam dulu lagi. 

Permata hati Mama 
Cuma kalian je harapan mama....... Padamu suami, Terus terang aku katakan. Aku sedang berperang didalam situasi menipu diri sendiri. Yang sesungguhnya aku sudah pun x punya ape2 lagi perasaan terhadap dirimu. Maafkan aku, itu semua bukan kehendakku... Aku dah cuba untuk terus memperbaiki apa yang telah selama ini kita bina.

14 April 2012

40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Thalib k.w

Berikut adalah 40 Nasihat saiyidina Ali Ibn Abi Thalib k.w.

sebagaimana yang terdapat didalam kitab Nahjul Balaghah oleh
Saiyidina Ali Ibn Abi Thalib dan kitab Al-Bayan Wattabyeen
oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
 
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
 
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana
    adalah hanya sekeping daging.
 
4. Mereka yang bersifat pertengahan  dalam semua hal tidak akan
    menjadi miskin.
 
5. Jagailah ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.
 
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai
    kepercayaan terhadap Allah.
 
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau
    ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seorang bakhil.
 
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat
    adalah lebih jahat daripada kejahatan.
 
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan
    harus dijagai, Sedangkan ilmu menjagai kamu.
 
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan
      angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sembahyang.
 
11.Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada
     membalas dendam.
 
12. Mengajar adalah belajar.
 
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah
      menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
 
14. Insan terbahagi kepada tiga: Mereka yang mengenal Allah,
      mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak 
      berpengetahuan dan tidak mencari akan kebenaran. Golongan
      terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka
      akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
 
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat
      tawadhu' dan lemah.
 
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu
      terhadap Allah.
 
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat
      daripada mencari kesilapan orang lain.
 
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia
      lakukan untuk memperbaiki dirinya.
 
19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila
      ai mati.
 
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan
      kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun
      terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
 
21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak
      melampaui batasnya.
 
22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
 
23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta.
 
24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas
      kehilangan hartanya.
 
25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya
      hilang apa yang mengenainya.
 
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada
      golongan mereka yang mengumpat.
 
27. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran.
 
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang
      lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
 
29. Orang yang dengki, marah kepada orang tidak berdosa.
 
30. Putus harapan adalah suatu kebebasan, mengharap
      (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
 
31. Sangkaan seorang yang berakal  adalah suatu ramalan.
 
32. Seorang akan mendapat tauladan diatas apa yang ia lihat.
 
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang
      paling besar.
 
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.

 
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

 
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang
dikatakannya.

 
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.

 
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

 
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

 
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka,
kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah
kamu perolehi.

09 April 2012

Luahan yang kau tak pernah tahu...



 Ko x penah tahu... ko x tahu... atau ko saje je wat2 x tahu!!! biarlah... aku dah penat hati nak bagi tahu segala isi hati aku, segala yg aku alami sepanjang bersama ko. Ko benci aku... tapi kenapa ko sayang aku? Mcm tu jugak aku!! Aku benci ko.. Tapi kenapa aku sayang ko?? Hampir setahun kehidupan kita mcm ni, Aku dah hampir putus semangat dan berputus asa.
 
Suamiku... Maafkanlah insan hina ini jika telah melukai hatimu. Ape pon tanggapan ko terhadap aku, Aku dah buntu untuk terus meyakinkan ko. Ape... Ko x pernah terfikir sejahat2 aku, Mane mungkin aku menjadi manusia jahil hingga sanggop melakukan perkara terkutuk dikamar kita. Amat sedih hati ni... Pilu yang aku rasakan bila aku hilang diri ko dalam sekelip mata. Sungguh pon nyatanya ko didepan mata aku!! Ko berubah dengan tiba2. Family kita dah x macam dulu lagi... Kehidupan kita dah banyak x terurus. Aku dah penat membina dan terus membina... X sampai 2 hari ko hancurkan semula hati ni. Kini... ape yg aku mahu ko tahu cukuplah aku x pasrah dengan perhubungan ini, Tapi aku REDHA.... Semoga Allah membalas perbuatan DIA yg telah menyihir rumah tangga kita. Aku bole terima dia tp aku xkan memaafkan perbuatan dia selagi kemenangan x berpihak pada aku!!! Tak ku sangka... Darah daging ko sendiri yang punya angkara!

Nuffnang Ads